Translate

Tuesday, May 21, 2019

DCEO Gerard Tan berbuka puasa dengan Tetamu Kehormat YABhg Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni dan Anak Yatim Nur Taqwa Kota Belud.

DCEO Mr Tan gambar berkumpulan bersama Tetamu Kehormat
YABhg Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni.

KOTA KINABALU: Seramai 25 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Nur Taqwa Kota Belud diraikan sempena Majlis Berbuka Puasa Sutera Harbour Resort, dekat sini, hari ini.

Terdiri daripada 17 remaja serta kanak-kanak lelaki dan lapan penghuni perempuan berusia antara empat hingga 16 tahun, setiap anak yatim berkenaan menerima duit raya sumbangan Sutera Harbour Resort serta Yayasan Nur Jauhar selain baju raya daripada pusat penginapan terkenal terbabit.

DCEO Mr Gerard Tan bersama tetamu

Pemberian duit bagi pelajar perempuan disempurnakan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni manakala penyerahan sumbangan kepada pelajar lelaki diberikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

Pengarah Latihan dan Sumber Manusia Sutera Harbour Resort, Md Al’Freedo Md Yahya berkata majlis berbuka puasa itu adalah adalah salah satu daripada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan saban tahun menjelang kedatangan bulan Ramadan.

DCEO Mr Gerard Tan mengalu-alukan kedatangan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob

“Acara seumpama itu dilihat mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada anak yatim dan asnaf sekaligus membantu menyediakan persiapan raya bagi golongan terbabit.

“Kita berharap majlis seperti ini akan dapat diterus untuk tahun hadapan agar dapat membantu lebih banyak individu memerlukan di negeri ini,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa berkenaan.

DCEO Mr Gerard Tan menyambut kedatangan tetamu ke majlis berbuka puasa 

Antara pengisian lain majlis itu termasuklah persembahan nasyid daripada kumpulan Muslih dan solat sunat Tarawih.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni bergambar beramai bersama dif jemputan dan kanak-kanak daripada Rumah Anak Yatim Nur Taqwa Kota Belud yang diraikan sempena Majlis Berbuka Puasa Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu. Juga berada di dalam kumpula bergambar adalah DCEO encik Gerard Tan (Baris ketiga)

DCEO Gerard Tan bergambar dengan Anak Yatim

Dalam pada itu, ditubuhkan pada tahun 2016, rumah anak yatim berkenaan terdiri daripada asrama anak yatim serta sekolah menengah agama. -SabahNewsToday

Source from SabahNewsToday

Oleh Mohd Nazllie Zainul
(Sabah News Today reporter)

No comments:

Post a Comment